HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad telah diperbadankan secara tempatan di Malaysia pada tahun 1994. Ia adalah sebahagian daripada Kumpulan HSBC dan merupakan anak syarikat milik penuh HSBC Holdings plc yang beribu pejabat di London.[1] Kumpulan ini berkhidmat kepada pelanggan di seluruh dunia dari sekitar 8,000 pejabat di 87 negara dan wilayah di Eropah, rantau Asia Pasifik, Amerika, Timur Tengah dan Afrika.